TAJUK :
AMALAN GOTONG-ROYONG DAPAT MEWUJUDKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM DI KALANGAN KAUM
NAMA PENSYARAH :
PUAN DARMILA BINTI ALI
AHLI KUMPULAN :
MUHAMAD FIRDAUS NAIM BIN ROZILANI@AZMAN
(12DEE15F1050)
SADESHWARAN A/L MANIMARAN
(12DEE15F1013)
YUVERAAJEN A/L SIVAPALAN
(12DEE15F1019)
OBJEKTIF
- Untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara setiap kaum di Malaysia
- Untuk memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan kita tidak kira bangsa, agama dan Negara.
- Untuk mewujudkan semangat positif antara kaum terutama untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan dengan berkesan.
PENGENALAN
Gotong
royong adalah aktiviti berkumpulan atau bersama-sama secara sukarela. Amalan
ini telah diprakltikan dan di warisi sejak zaman berzaman. Tetapi amalan ini
kian dilupakan oleh generasi alaf baru yang hanyut dengan keseronokan dan
keselesaan yang tiada batasan. Berapa peratus golongan muda yang mengetahui
maksud gotong royong dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Semangat gotong royong dalam islam juga boleh
dijadikan ukuran keimanan seseorang, dalam hal ini Rasulallah SAW. Bersabda
dalam hadis yang di riwayatkan Bukhari,Muslim,Tirmidzi,dan Nasai.
-
لايؤمن احدكم حتى يحب لاخيه ما يحب لنفسه“Tidak beriman salah seorang diantara kamu sampai ia mencintai saudaranya sama dengan mencintai dirinya sendiri”.Aktiviti gotong royong ini sebenarnya dapat menjalinkan dan memperkukuhkan semangat kejiranan. Kehidupan masyarakat sekarang kebanyakannya bertunjangkan meterialistik dan individualistik sehingga tidak mempunyai masa untuk mengenali dan berbual-bual dengan jiran masing-masing. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran-jiran tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama akan bersama-sama menjalankan aktiviti yang sama.Bergotong royong juga boleh memperindahkan tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi bersih. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa. Amalan gotong royong juga dapat membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti aedes.Kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal .Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum amat penting di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya, dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju.Dalam agama islam juga turut mementingkan kebersihan kerana kebersihan juga adalah salah satu lambang seseorang itu muslim. KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN sudah menjadi tema kebersihan bagi orang-orang islam,sama ada disedari ataupun tidak,ia adalah sebuah Hadis baginda Rasulullah s.a.w berkaitan dengan kebersihan. Oleh itu, sebagai muslim kita sepatutnya menyertai aktiviti gotong-royong ini supaya alam sekitar sentiasa terpelihara.
HURAIAN ISI
1. Mengeratkan perpaduan sesama kaum
Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum.
Contohnya, mereka dapat berbincang dan bertukar-tukar pandangan. Sekiranya hal
ini dilakukan pastilah akan melahirkan keadaan yang aman. Benarlah amalan
gotong-royong boleh mengeratkan perpaduan ahli masyarakat.
2. Mempercepat dan memudahkan sesuatu kerja
Hal ini demikian kerana kerja yang dilakukan
dapat dilakukan bersama-sama. Contohnya, bergotong-royong menjayakan majlis
perkahwinan. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan meringankan sesuatu
kerja. Tepatlah bahawa amalan gotong-royong membawa banyak kebaikan dan lebih
memperkenalkan ada-adat contohnya adat melayu kepada kaum yang lain
3. Memperkukuh semangat antara kaum
Hal ini demikian kerana masyarakat dapat
mengambil berat hal-hal kaum yang lain. Contohnya, kita boleh menolong kaum
lain yang menghadapi kesusahan. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan
mengukuhkan hubungan antara kaum. Betullah bahawa amalan gotong-royong
memberikan banyak kebaikan.
4. Memupuk nilai positif dalam diri kita.
Contohnya, gotong-royong antara kaum di
sekitar kawasan perumahan dapat membersih dan menceriakan kawasan perumahan dan
memupuk nilai mencintai keindahan alam sekitar serta mementingkan kebersihan.
Kesannya, kita akan menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap alam
sekitar, masyarakat dan diri sendiri.
5. Menghidupkan semangat kejiranan.
Dengan berbuat demikian, kita dapat mengenali jiran
secara mendalam. Selepas terlaksananya aktiviti ini , kita akan terpanggil
untuk membuka hati kita lalu menegur jiran kita. Pembahagian tugas akan dapat
dijalankan semasa aktiviti bergotong-royong dijalankan dan semua orang akan
merasai semangat bersatu padu . Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan
secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan
untuk kenduri-kendara, dan sebagainya.
KEPENTINGAN GOTONG
ROYONG
Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk membolehkan negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak dapat dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif.
Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk membolehkan negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak dapat dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif.
Melalui semangat
bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang, mahupun
rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong-royong boleh
merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak
ditemui di rumah mahupun di pejabat. Rasa kekitaan,prihatin,dan penyayang
sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk negara
mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini. Hal ni berdasarkan kesan positif
gotong-royong yang sebenarnya dapat membantu menangani gejala-gejala buruk
dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian. Lebih-lebih lagi gotong-royong
melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.
Bak kata pepatah
Melayu; “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Demikian juga tentang
kerja gotong-royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar
buatannya dan juga belanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika
dilakukan bersama-sama. Itulah prinsip gotong-royong. Pihak kerajaan telah
menetapkan bahawa setiap penempatan warganegara di Malaysia mempunyai satu
jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK). Fungsinya
untuk menjana kegiatan gotong-royong setempat, khususnya untuk kepentingan
umum. Isu ini jika ditelusuri secara mendalam, banyak wang, masa, dan tenaga
telah dijimatkan kerana ahli masyarakat akan bekerjasama mencapai sesuatu
perkara.
Contohnya, jika sesuatu
tempat itu menjadi kotor kerana sampah, mereka akan bekerjasama membersihkannya
dan tidak perlu membuang masa dan wang mengupah orang lain membersihkan atau
terpaksa menanggung belanja perubatan kerana sakit akibat kesan jangka panjang
daripada gundukan sampah yang tidak sempurna diuruskan itu. Tidak kiralah sama
ada menyumbangkan derma atau tenaga untuk gotong-royong, kesan gotong-royong
kepada masyarakat seluruhnya cukup bermakna baik untuk pembangunan material
masyarakat mahupun pembangunan modal insan.
LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN MELALUI AKTIVITI GOTONG ROYONG
Situasi seperti ini adalah amat memalukan,
namun itu tidak bermakna kita harus lepas tangan untuk mencari penyudah isu-isu
yang kian berdarah ini. Sejak di bangku sekolah lagi, amalan murni ini
diterapkan supaya kerja murni bermasyarakat ini akan terus lestari seiring
dengan kemajuan Negara. Anak-anak kecil harus dibiasakan bersama-sama
masyarakat luar dari rumah mereka agar keberadaan mereka di hargai dan
dimanfaatkan oleh masyarakat keseluruhannya dalam usaha melaksanakan sesuatu
yang berfaedah demi kesejahteraan umum. Sekolah sebagai rumah kedua generasi
muda wajar menerapkan amalan mulia inin dalam aktiviti-aktiviti sekolah Seperti
Hari Guru, Sukan Tahunan Sekolah, Gotong-Royong dan Hari Anugerah Cemerlang.
Para pelajar akan meguruskannya dan
para guru hanya bertindak sebagai penasihat melalui kerjasama, setiap insan itu
akan lebih matang tentang hubungan sosialnya selain itu menyelidiki potensi
diri secara yang lebih menyakinkan. Badan-badan kerajaan atau sukarelawan harus
bergerak lebih maju dan efisien dalam usaha menaikkan semangat gotong-royong
kembali. Ceramah, forum, dan kempen kejiranan yang tersusun dan berkala boleh
diusahakan sebagai satu inisiatif menyebarkan maklumat yang berguna tentang
gotong-royong kepada orang ramai. Lebih elok lagi jika mereka turut
bersama-sama masyarakat setempat membantu rancangan mereka. Contohnya, sebuah
pertubuhan sukarelawan di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dan Universiti
Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI) bekerjasama dengan warga setempat mengutip
plastic kaca dan kertas terpakai untuk dikitar semula. Pencapaian badan
sukarelawan ini patut diberi pujian.
KEBAIKAN AMALAN GOTONG-ROYONG
Kebaikan mengamalkan amalan gotong-royong atau kerjasama ini
ialah amalan ini mewujudkan semangat positif anatara ahli-ahli masyarakat
terutamanya untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan secara
berkesan. Amalan ini memberikan satu semangat kepada masyarakat bahawa tugasan
itu walau berat pun akan mampu diselesaikan dengan begitu baik sekali kerana semua
pihak menghulurkan bantuan. Keadaan ini menjadikan semua perkara yang dialami
oleh masyarakat dapat diatasi dalam masa yang singkat dan mudah sahaja.
Jelaslah, amalan ini memberikan satu suntikan baru tentang konsep bekerjasama
antara masyarakat terutama dikawasan urbanisasi.
Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum amat
penting dikalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
agama iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Contohnya, dengan mengadakan
gotong-royong bagi menjayakan program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan
masyarakat akan terjalin sacara langsung atau secara tidak langsung.
Sesungguhnya dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita
akan terus aman dan maju.
Bergotong-royong juga boleh memperindahkan tempat tinggal dan
kawasan persekitaran menjadi bersih. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat
tinggal kita tidak akan menjadi sekadar ‘indah khabar dari rupa’. Amalan
gotong-royong juga dapat membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang
pelbagai penyakit seperti Aedes.
Kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk
sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan
amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak
memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat
mengetahui bertapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga
kerja yang ramai. Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada
satu generasi. Amalan ini juga boleh diperaktikkan untuk mengekalkan kesihatan
dan keadaan yang selesa dikawasan tempat tinggal.
Dalam agama Islam juga turut mementingkan kebersihan kerana
kebersihan juga adalah salah satu lambang seseorang itu muslim. ‘Kebersihan itu
sebahagian daripada iman’ sudah menjadi tema kebersihan bagi orang-orang Islam
sama ada sedar ataupun tidak ia adalah sebuah Hadis baginda Rasulullah S.A.W
berkaitan dengan kebersihan. Oleh itu, sebagai muslim kita sepatutnya menyertai
aktiviti gotong-royong ini supaya alam sekitar sentiasa terpelihara.
USAHA-USAHA MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA MELALUI
AKTIVITI GOTONG ROYONG
Isu perpaduan kaum
merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama
oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah
perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa
masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha
perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi
dalam kehidupan masyarakat sekali gus mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei
1969 daripada berulang kembali.
Antara usaha yang boleh
dilakukan dalam untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah
dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong
merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk
bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini
dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan
persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan slogan “Negara Bersih
Rakyat Sihat”. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh
dijalankan ialah kerja-kerja membersihkan kawasan perumahan, taman permainan,
tanah perkuburan dan sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat
meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa yang
berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama di
daki, ke lurah sama dituruni.
SEBAB-SEBAB AMALAN GOTONG-ROYONG SEMAKIN
PUDAR
Malas
Alasan ini merupakan alasan klasik, namun alasan inilah yang
sering muncul di masyarakat. Rasa malas adalah perasaan yang dimiliki oleh
hampir semua orang, oleh sebab itu saat orang merasa malas maka apapun
kegiatannya dia merasa enggan untuk berperan aktif, tak terkecuali saat ada
kegiatan gotong royong.
Kesibukan
Tak sedikit orang yang disibukkan dengan pekerjaan mereka,
sehingga hampir tak ada waktu untuk kegiatan-kegitan yang bersifat sosial
kemasyarakatan. Bahkan, ada orang yang rela mengeluarkan uang untuk membayar
orang lain untuk mewakili mereka saat ada gotong royong.
Kecemburuan Sosial
Sering adanya bantuan langsung dari pemerintah membuat
permasalahan tersendiri di masyarakat, hal ini tak lepas dari pembagian bantuan
yang terkadang tidak tepat sasaran. Bahkan, berkembang asumsi di masyarakat
terkait bantuan yang seharusnya dibagi rata. Nah, kecemburuan dan rasa iri
inilah yang terkadang membuat orang jadi enggan untuk melakukan kegiatan
seperti gotong royong.
Pemahaman Keliru Soal Bantuan
Bantuan untuk pembangunan dari pemerintah membuat orang
terkadang keliru dalam memahami, banyak asumsi bahwa tak perlu ada gotong
royong bila sudah ada bantuan dari pemerintah, karena tenaga kerja sudah di
bayar dengan dana bantuan. Memang tak sepenuhnya keliru, namun ada kalanya
bantuan juga butuh swadaya dari masyarakat, karena ada juga bantuan yang sifatnya
stimulan dan butuh partisipasi dari masyarakat. Dengan banyaknya bantuan yang
turun di masyarakat sehingga tak sedikit masyarakat yang akhirnya
"ketergantungan" pada bantuan.
Kurang Bersosialisasi/ Egois
Ego orang yang besar terkadang membuat orang menjadi kurang
bersosialisasi, enggan berbaur dan acuh tak acuh terhadap kegiatan-kegiatan
kemasyarakatan.
Demikian tadi lima alasan
atau penyebab budaya gotong royong semakin hilang. Mungkin saja tak sepenuhnya
benar, tapi paling tidak dari kelima alasan tersebut berdasarkan pengalaman
saya selama bermasyarakat. Bahkan masih ada alasan-alasan lain yang muncul,
apalagi sekarang era globalisasi yang membuat orang terkadang berfikir praktis.
Kurangnya kepedulian terhadap lingkungan membuat orang menjadi tidak mau atau
malas-malasan untuk bergotong royong, kalau sudah begitu, budaya warisan
leluhur tersebut lambat laun akan mengilang.
PUNCA REMAJA KURANG TERLIBAT DALAM AKTIVITI
GOTONG-ROYONG
Kelakangan ini fenomena golongan remaja amat
kurang melibatkan diri dengan aktiviti komuniti seperti gotong-royong yang
dianjurkan oleh pelbagai pihak. Kebanyakan golongan dewasa dan yang berumur
sahaja yang masih bersedia menyumbangkan masa dan tenaga demi menjayakan
program komuniti yang dianjurkan. Pelbagai punca yang menyebabkan golongan
remaja kurang melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Antaranya:-
- Kekangan masa – remaja hari ini dibelenggu oleh masalah kekangan masa. Mereka sibuk dengan aktiviti persekolahan (belajar, kokurikulum, tuisyen, kerja rumah, bantu keluarga dll)
- Kurang kesedaran pelajar tentang manfaat gotong-royong.
- Remaja beranggapan bahawa aktiviti gotong-royong membuang masa dan kurang berfaedah.
- Remaja lebih cenderung melakukan aktiviti yang lebih mencabar seperti menyertai kegiatan sukan, mengembara, mendaki dll.
- Sesetengah remaja suka menghabiskan masa mereka dengan kegiatan yang tidak berfaedah seperti melepak, lumba haram, berfoya-foya dll.
- Sesetengah ibu bapa remaja tidak menggalakkan anak remaja mereka terlibat dengan aktiviti tersebut kerana masalah keselamatan, kecederaan dll.
- Remaja menganggap gotong-royong kerja yang sia-sia kerana ketiadaan upah atau ganjaran.
- Remaja lebih suka menyendiri dan tidak mahu bergaul rapat dengan masyarakat sekeliling.
- Remaja banyak menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen, video, permainan video, mendengar muzik dll.
- Kurang kempen penerangan oleh pihak-pihak bertanggungjawab seperti pihak kerajaan, ketua masyarakat, guru-guru dan juga ibu bapa.
- Remaja terpengaruh oleh sikap masyarakat hari ini yang lebih mengutamakan materialistik.
- Sistem pendidikan hari ini yang lebih berorientasikan peperiksaan menyebabkan remaja tertekan dan berlumba-lumba untuk berjaya dalam peperiksaan.
- Pola petempatan masyarakat juga tidak membantu remaja untuk terlibat dengan aktiviti gotong-royong.
- Terlalu banyak perkara yang melekakan remaja.
- Pengaruh rakan sebaya.
- Remaja memandang rendah terhadap aktiviti gotong-royong seperti menganggap hanya remaja kampung dan miskin sahaja sesuai dengan aktiviti tersebut.
- Remaja kurang mempunyai latar belakang agama.
- Tuntutan hidup seperti membantu keluarga mencari nafkah juga menjadi penghalang kepada remaja untuk menyertai gotong-royong.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,aktiviti
bergotong royong ini amat penting dan perlu dalam mengeratkan hubungan
silaturrahim antara kaum. Lebih-lebih lagi serperti negara Malaysia yang
mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik yang hidup bersama sejak zaman dahulu
kala lagi. Dengan terjalinnya hubungan silaturrahim yang kukuh ini ,negara kita
akan lebih aman, lebih mengambil berat antara satu sama lain dan perpaduan juga
akan menjadi lebih kukuh.
Akhir
sekali, jelas dan teranglah matlamat pihak kerajaan yang selama ini mengadakan
pelbagai aktiviti dan program-program bagi memupuk hubungan silaturrahim antara
kaum.Terutamanya program-program bagi pelajar-pelajar yang masih di bangku
sekolah lagi.Ini kerana amalan ini perlu disemai sejak dari awal lagi supaya
kesannya akan cepat terlihat suatu hari kelak.Sekian terima kasih.
Gambar 1: Memupuk semangat gotong-royong dari usia kecil
Gambar 2: Menanamkan sifat kerjasama antara masyarakat setempat
Gambar 3: Memupuk semangat menghargai alam sekitar
Gambar 4: Menjalinkan hubungan silaturrahim sesama jiran tetanga
Video 1 : Amalan gotong-royong di dalam kalangan masyarakat
No comments:
Post a Comment